logo kbs dan ilkbs

Pendaftaran Penyertaan

Pendaftaran penyertaan telah dibuka dari 15 April hingga 30 Mei 2022 dan boleh dilakukan di pautan ini.

Syarat-syarat dan Panduan Penyertaan

Syarat-syarat dan Panduan Penyertaan Y-RoboC’22 boleh dirujuk dengan memuat turun dokumen ini.

Latar Belakang Youth Robot Challenge (Y-RoboC)

Penglibatan ILKBS di dalam pertandingan robotik telah bermula sejak tahun 2013. Sehingga kini, terdapat 15 buah ILKBS telah menubuhkan kelab robotik serta menyertai pelbagai bentuk pertandingan samada di dalam mahupun luar negara. Antara pertandingan yang pernah disertai oleh ILKBS seperti National Robot Challange (NRC), MJII Robofighto Competition, Selangor’s Robowrestle Challenge  TVET, Malaysia Robot Competition, UNIKL Robattle Competition dan sebagainya. 

 

ILKBS juga dilihat pernah menganjur pertandingan robotik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Combat Robot Tournament (IKTBN Bukit Mertajam), Youth Robot Challenge (IKTBN Sepang) dan International OIC Battle of Sumorobot (BPKB). Kesemua pertandingan yang pernah dianjurkan ini merupakan inisiatif ILKBS sendiri dan diadakan secara “one off” berikutan mengisi aktiviti-aktiviti penganjuran program lain.

 

Dengan pengalaman luas ILKBS dalam penyertaan dan penganjuran pertandingan tersebut, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) berpandangan sudah tiba masanya ILKBS mengorak langkah untuk menganjurkan pertandingan robotik atas kapasitinya sendiri iaitu pertandingan robotik ILKBS atau dinamakan sebagai ILKBS Youth Robot Challenge (Y-RoboC).

 

Youth Robot Challenge (Y-RoboC) anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan telah dianjurkan julung-julung kalinya pada tahun 2020 bertempat di IKTBN Bukit Mertajam dan acara ini telah dijadikan program tahunan semenjak itu.

Penganjuran Y-RoboC pada Musim Lepas