logo kbs dan ilkbs

Inisiatif Kapsul Kemahiran Belia

Dalam komunikasi secara konvensional (bersemuka), mesej bukan sahaja difahami melalui apa yang kita ucapkan, akan tetapi mesej kita difahami dengan cara ia diucapkan (bahasa tubuh, ekspresi muka dan tona suara). Di sinilah peranan bahan hebahan yang akan disinergikan melalui komunikasi bersemuka. Penyampaian dan penyebaran maklumat secara bersemuka mempunyai unsur-unsur tersendiri seperti perundingan, pemujukan dan komunikasi dua hala. Oleh yang demikian, aktiviti penyampaian maklumat dan hebahan secara bersemuka kekal relevan dalam masyarakat meskipun dunia kini lebih tertumpu kepada media pelbagai.

 

Setiap program teknologi yang ditawarkan adalah mengikut Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia dan memenuhi keperluan industri terkini. Demikian dengan perkembangan teknologi terkini dalam bidang komunikasi dan maklumat serta aktiviti-aktiviti perkongsian maklumat dan industri yang menggunakan platform interaksi secara maya telah mengalami evolusi yang pesat. Pembangunan tenaga mahir negara yang kompeten dalam bidang ini amat diperlukan dan kritikal.

FB Live Kapsul Kemahiran Belia

Facebook Live Kapsul Kemahiran Belia bersiaran setiap hari Khamis pada pukul 10.00 pagi.

Episod Minggu Ini. 19 Mei 2022.