INTERNS adalah aplikasi yang diwujudkan bertujuan untuk menyelaras dan memantau kerjasama-kerjasama strategik melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan industri,government-link agencies (GLCs), badan berkanun dan badan-badan yang berperanan dalam sumbangan TVET di peringkat nasional. Aplikasi INTERNS ini adalah suatu sistem yang diwartakan oleh Kementerian Belia dan Sukan di bawah insentif e-MoU Tenaga Kerja Industri-KBS Online (eMOTIKON).
Konsep INTERNS
Graduan ILKBS terpilih dapat diserap masuk bekerjaterus di industri dalam bidang masing-masing.
Keperluan industri dapat diselaraskan secarasistematik.
Menjana data kebolehpasaran ILKBS secara efisien.
Menganggar keperluan tenaga mahir oleh industri secaratahunan.
Team INTERNS KBS telah berjaya membangunkan sebuah kertas kajian yang telah diterima untuk pembentangan di IEEE Conference on System Engineering & Technology (ICSET) 2021 secara maya pada 6 November 2021. Kertas kajian ini bertajuk “Industrial Profiling for Job Placement and Market Demand Analysis Using eMOTIKON” dan diterbitkan dalam IEEE Proceedings berstatus Scopus-Indexed.
Sistem INTERNS telah menyertai 32nd International Invention, Innovation and Technology Exhibition, Malaysia (iTEX21) yang telah diadakan pada 13 – 14 Disember 2021 di Kuala Lumpur Convention Centre. Sistem ini telah mempertandingkan projek bertajuk “Placing Intern & Graduates for Jobs Using eMOTIKON” dan telah membawa pulang pingat gangsa.