logo kbs dan ilkbs

Pertandingan iDEA’21 telah berlangsung pada 15 Julai hingga 29 Ogos 2021 secara dalam talian. Sebanyak 371 projek dari kategori Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Institusi Latihan Kemahiran (ILK) dan Murid Sekolah yang telah mengambil bahagian di pertandingan ini.

Sesi Pengumuman Pemenang iDEA’21 telah diadakan pada 23 September 2021 melalui Facebook Live IKTBN Pagoh dan ILKBS dan telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. 

Liputan Media

KBS berhasrat martabatkan TVET seiring Revolusi Industri 4.0

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Ruang Penerbitan Teknologi
  • Sumber: Berita RTM

JOHOR BAHRU, 24 September – Memartabatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berpotensi melahirkan modal insan berkemahiran yang diperlukan dalam industri.

Justeru, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat memastikan kualiti latihan di semua Institut Latihan KBS bergerak seiring dengan perkembangan Revolusi Industri (IR) 4.0.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tenaga mahir perlu mengadaptasi kemahiran IR 4.0 kerana penggunaan teknologi baharu pada masa akan datang membataskan kemahiran asas pekerjaan masa kini.

Tambahnya, kerjasama dengan pihak industri akan terus dijalankan bagi memastikan ILKBS mampu merancang serta melatih pelajar dengan kemahiran yang memenuhi keperluan industri.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Career Fest ILKBS Zon Selatan 2021 serta Majlis Anugerah Pemenang Reka Cipta Inovasi ILKBS 2021 secara dalam talian.

Majlis itu menyaksikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra memenangi kategori ILKBS Teknologi Rekaan Fabrik, manakala Kategori Teknologi Makanan dimenangi IKBN Naka.

Pertandingan tersebut menerima 370 projek reka cipta dari seluruh negara.

Keputusan Penuh Pertandingan iDEA'21

TAHNIAH kepada semua pemenang dan penyertaan. Cuba lagi di tahun di tahun hadapan. 

Terima Kasih.

Ikhlas daripada,

Sekretariat iDEA’21.

Senarai Pemenang Pingat iDEA’21​