logo kbs dan ilkbs

Pertandingan Inovasi iDEA’19 adalah pertandingan inovasi yang telah julung-julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.  iDEA’19 telah berlangsung pada 27 hingga 29 September 2019. Sebanyak 100 projek telah dipertandingkan bagi 2 kategori utama iaitu ILKBS dan Terbuka. Sebanyak lebih 70 buah Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Latihan Kemahiran dan Sekolah Teknikal yang telah menyertai pertandingan ini. iDEA’19 telah dianjurkan dan diadakan di IKBN Seri Iskandar, Perak.

Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah iDEA19 telah disempurnakan oleh YB Howard Lee Chuan How, Exco Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak. Pemenang Anugerah Utama iDEA19 telah dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang pertandingan ini.

Siaran Media

PROGRAM CAREER FEST ILKBS ZON UTARA DAN
PERTANDINGAN INOVASI iDEA’19 KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TAHUN 2019 DI IKBN SERI ISKANDAR, PERAK

 

YB Howard Lee Chuan How, Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak, mewakili Menteri Besar Perak, merasmikan Program Career Fest ILKBS Zon Utara dan Pertandingan Inovasi iDEA’19 Kementerian Belia dan Sukan di IKBN Seri Iskandar, Perak pada hari ini. Program Career Fest adalah merupakan acara tahunan yang dilaksanakan di setiap Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) melibatkan 6 Zon iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak. Program Career Fest ILKBS Zon Utara Tahun 2019 dianjurkan oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar selaku tuan rumah bersama-sama dengan IKTBN Bukit Mertajam, IKBN Jitra, IKBN Kuala Naka dan IKBN Kuala Perlis dari 27 hingga 29 September 2019.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar ILKBS melalui penyediaan peluang pekerjaan bersama industri yang telah menjalinkan kerjasama (MoU) dengan ILKBS. Kerjasama ini telah memberi impak yang besar kepada ILKBS meliputi peluang pekerjaan kepada graduan ILKBS, latihan sangkutan kepada tenaga pengajar juga memberi pandangan keperluan modul latihan serta nilai tambah kaedah latihan.

Seiring dengan perkembangan terkini ke arah Revolusi Industri 4.0, automasi dan juga Artificial Intelligence, ILKBS menyediakan kemudahan latihan, silibus dan kurikulum selari dengan perubahan teknologi dan fleksibel untuk berada di hadapan kelok perubahan teknologi semasa.

Pada masa yang sama, Pertandingan Inovasi kategori ILKBS dan kategori Terbuka, Innovation Development Through Educational Activities 2019 (iDEA’19) merupakan ruang yang terbuka untuk pelajar dan peserta mempamerkan hasil kajian dan dinilai oleh panel yang terlibat dalam kepakaran masing-masing, iaitu:

  1. Bidang A : Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automatif, Mesin, Proses
    Pengilangan);
  2. Bidang B :Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Telekomunikasi
    (Supply, Control, Automation);
  3. Bidang C: Teknologi Kejuruteraan Awam , Alam Sekitar & Tenaga Boleh
    Diperbaharui (Green, Friendly, Safe);
  4. Bidang D: Teknologi Kejuruteraan Komputer (Perisian, Perkakasan,
    Multimedia, Alat Bantuan Pengajaran);
  5. Bidang E: Teknologi Makanan (Produk Pastri dan Makanan); dan
  6. Bidang F: Teknologi Rekaan Fabrik (Rekaan Masa Hadapan, Rekaan Batik
    Futuristik)

Sebanyak 100 projek inovasi terdiri daripada sekolah, pelbagai agensi Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, dari seluruh Malaysia. Dengan Tema iDEA’19 “Berdaya Komersil, Persekitaran Digital, Mesra Pengguna”, pertandingan tersebut adalah satu platform kepada belia untuk memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam meningkatkan daya saing serta keyakinan diri dalam membangunkan idea dan produk kreatif yang menunjuk ke arah Revolusi Industri 4.0.

Selain itu, beberapa ILKBS Zon Utara juga bekerjasama membekalkan perkhidmatan percuma untuk Penyelenggaraan Penyaman Udara Kereta kepada pengunjung program serta menawarkan perkhidmatan Job order dalam bidang pastri dan tekstil. Pendedahan daripada pameran tentang kursus-kursus berkaitan dengan ILKBS Zon Utara agar tindakan ini memberi impak pengetahuan kepada orang ramai terhadap silibus pembelajaran di ILKBS Para pelajar ILKBS dilatih untuk berkhidmat untuk masyarakat dan mempelajari teknik keusahawanan.Ini membuktikan bahawa ILKBS bukan sahaja menekankan elemen kemahiran semata-mata, namun juga aktif dalam elemen kecergasan, elemen kesukarelaan dan juga elemen keusahawanan.

Transformasi bina insan terus dipertingkatkan yang mana para pelajar dididik pembangunan personaliti menyeluruh untuk membentukkan jiwa merdeka dan berdaya saing serta sedia berbakti dan menyumbang dalam pembangunan Negara.

Akhirnya, sebagai tuan rumah Program Career Fest ILKBS Zon Utara dan Pertandingan Inovasi iDEA’19 Kementerian Belia Dan Sukan Tahun 2019 yang diadakan di IKBN Seri Iskandar, Perak mulai 27 September hingga 29 September 2019, pihak kami berharap program tersebut boleh memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar dan luar terhadap fungsi IKTBN, IKBN dan AKBG (digegaskan dengan ILKBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan serta pembangunan TVET di Malaysia. Seterusnya, pihak kami juga berharap objektif objektif setiap program boleh dicapai dan boleh membina imej yang positif kepada masyarakat terhadap perkembangan TVET ke arah Revolusi Industri 4.0.

Kami mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Program Career Fest ILKBS Zon Utara dan Pertandingan Inovasi iDEA’19 Kementerian Belia Dan Sukan Tahun 2019 ini.

INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS), KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
27 SEPTEMBER 2019

Pertanyaan Media:
Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 16, Menara KBS, No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 PUTRAJAYA
Tel: 03-8871 3405

Sekitar iDEA'19