Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi - Innovation Development through Educational Activities (iDEA) ILKBS
Pertandingan iDEA’22 kini dibuka untuk penyertaan mulai 17 Mei hingga 17 Julai 2022. Pertandingan ini anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersempena Minggu Sains Negara 2022.
Pertandingan iDEA’22 adalah dihoskan oleh IKTBN Dusun Tua, Selangor.
Kategori yang dipertandingkan adalah: (1) Murid Sekolah; (2) Pelajar ILKBS; dan (3) Pelajar IPT/ ILK.
Sebanyak 6 Bidang yang dipertandingkan iaitu:
Bidang A: Teknologi Mekanikal
Bidang B: Teknologi Elektrik & Elektronik
Bidang C: Teknologi Awam, Alam Sekitar & Teknologi Hijau
Bidang D: Teknologi Maklumat & Telekomunikasi
Bidang E: Teknologi Makanan
Bidang F: Teknologi Rekaan Fabrik
Panduan penyertaan iDEA’22, sila muat turun dokumen ini.
Pendaftaran penyertaan dan log masuk pengguna, sila ke pautan ini.
Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia, Pn. Rozana Othman di talian 019-3658842 atau email rozana.o@kbs.gov.my.
iDEA, anjuran Kementerian Belia dan Sukan adalah bertujuan:
memupuk dan meningkatkan budaya pemikiran kreatif dan inovatif pelajar bagi menghasilkan produk reka cipta / inovasi baharu;
sebagai platform bagi menonjol dan mengenengahkan bakat, kemahiran dan hasil reka cipta projek / produk inovasi pelajar;
menggalakkan persaingan sihat dan keyakinan diri pelajar dalam bidang reka cipta serta membantu melahirkan modal insan yang berkualiti; dan
sebagai pengiktirafan dan penghargaan secara formal kepada mereka yang telah mempamerkan peningkatan tahap kemahiran dalam pelbagai bidang.
Pertandingan iDEA yang Lalu
Pertandingan iDEA adalah julung-julung kali diadakan pada tahun 2019 yang telah dihoskan oleh IKBN Seri Iskandar, Perak. Pada tahun 2020, negara telah menghadapi wabak pandemik COVID-19 dan telah menyebabkan pertandingan ini berlangsung secara tertutup di kalangan ILKBS sahaja dan secara dalam talian. Pada tahun 2021, Pertandingan iDEA telah membuka kembali penyertaan kepada pelajar IPT/ ILK dan murid sekolah walaupun masih mengekalkan pelaksanaan yang diadakan secara dalam talian.
Berikut adalah pautan arkib perlaksanaan iDEA pada tahun-tahun yang lalu.