Aktiviti rekaan dan projek inovasi pada hari ini telah menjadi penanda aras baru di peringkat global dan sudah pasti menuntut kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja bersifat baharu, unik dan bermanfaat tetapi juga mampu memberi faedah kepada kesejahteraan masyarakat.
Melalui Program Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) dan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) telah memperkukuhkan TVET di Kementerian Belia dan Sukan dengan pelbagai inisiatif dalam menyediakan tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri. Antara inisiatif tersebut adalah dengan menggalakkan pelajar dan pengajar ILKBS bagi menghasilkan produk cenderamata.
Istimewa Hari Ini
Previous
Next
Katalog produk I-GShoppe boleh dilayari di pautan ini.