logo kbs dan ilkbs

eMOTIKON diwujudkan Bertujuan untuk menyelaras dan memantau kerjasama-kerjasama strategik melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan industri,government-link agencies (GLCs), badan berkanun dan badan-badan yang berperanan dalam sumbangan TVET diperingkat nasional.

Konsep eMOTIKON

  • Graduan ILKBS terpilih dapat diserap masuk bekerjaterus di industri dalam bidang masing-masing.
  • Keperluan industri dapat diselaraskan secarasistematik.
  • Menjana data kebolehpasaran ILKBS secara efisien.
  • Menganggar keperluan tenaga mahir oleh industri secaratahunan.

eMOTIKON

Sistem akan diaktifkan mulai November 2021.

Penerbitan

Team eMOTIKON KBS telah berjaya membangunkan sebuah kertas kajian yang telah diterima untuk pembentangan di IEEE Conference on System Engineering & Technology (ICSET) 2021 secara maya pada 6 November 2021. Kertas kajian ini bertajuk “Industrial Profiling for Job Placement and Market Demand Analysis Using eMOTIKON” dan akan diterbitkan dalam IEEE Proceedings berstatus Scopus-Indexed.

Muat turun kertas kajian ini di sini.

Reka Cipta

Sistem eMOTIKON akan menyertai 32nd International Invention, Innovation and Technology Exhibition, Malaysia (iTEX21) yang akan diadakan pada 13 – 14 Disember 2021 di Kuala Lumpur Convention Centre. Sistem ini akan mempertandingkan projek bertajuk “Placing Intern & Graduates for Jobs Using eMOTIKON“.