logo kbs dan ilkbs

ILKBS Career Fest 2022 (Zon Timur) akan dianjurkan di IKBN Pekan pada 26 Mei 2022. Pesta Kerjaya ini adalah anjuran bersama ILKBS di Pahang, Terengganu dan Kelantan iaitu IKTBN Temerloh, IKBN Kemasik, IKBN Wakaf Tapai, IKTBN Bachok, IKBN Tanah Merah dengan Tuan Rumah adalah IKBN Pekan. Pelbagai acara menarik yang disasarkan kepada pengunjung terutama di kalangan anak muda yang mencari pekerjaan dan peluang latihan kemahiran akan diadakan pada pesta kerjaya tersebut. Orang ramai dijemput hadir terutamanya pelajar institusi latihan, institusi pengajian tinggi, lepasan sekolah dan pengamal industri.

Sesi Temuduga Khas Graduan

IKBN Pekan dengan kerjasama MYFutureJobs PERKESO Pahang menganjurkan Sesi Temuduga Khas Graduan sempena Program ILKBS Career Fest 2022 Zon Timur.
 
Lebih 1200 jawatan kosong ditawarkan oleh 14 syarikat dari pelbagai sektor. Mari terokai Kerjaya masa depan anda bersama Kami.
 
Tarikh : 26 Mei 2022
Masa. : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : IKBN Pekan, Pahang
 
Sila daftar melalui link ini untuk melancarkan proses Temuduga anda.
 

Maklumat lanjut, sila layari hebahan di pautan ini.

Pameran Industri

Sebanyak lebih 10 buah industri akan mengambil bahagian di pesta kerjaya ini. Antara lain, ruang pameran yang menyediakan sesi temuduga terbuka, perkongsian kepakaran dan maklumat kerjaya akan diadakan pada program tersebut.

Webinar dan Majlis Penutup ILKBS Career Fest 2022 (Zon Timur)

Penganjur Bersama

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
IKTBN Temerloh
IKBN Kemasik
IKBN Wakaf Tapai
IKTBN Bachok
IKBN Tanah Merah