Inisiatif Public-Private Partnership Program (PPP)
Inisiatif Public-Private Partnership yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah bagi bertujuan memastikan kaedah pelaksanaan latihan kemahiran di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan adalah kekal relevan mengikut kehendak industri.
Agenda
Pameran Industri
Temuduga Terbuka
Dialog Bersama Industri
Ceramah Kerjaya
Program ILKBS Career Fest 2022
Tujuan utama pelaksanaan Program ILKBS Career Fest Tahun 2022 ini adalah untuk mewujudkan kerjasama dan persefahaman erat antara Kerajaan dengan industri serta bertujuan supaya graduan lepasan ILKBS dapat mengikuti latihan kemahiran yang menepati keperluan dan kehendak pasaran dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keboleh pasaran graduan ILKBS.