logo kbs dan ilkbs
Previous
Next

Latar Belakang

Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025, kita memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir selaras dengan matlamat transformasi Malaysia ke arah mencapai status negara maju yang mampu melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dengan sasaran 50% tenaga kerja mahir. Program Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam menjayakan pembangunan negara telah mengiktiraf latihan kemahiran sebagai teras ketiga Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) iaitu “Meningkatkan Pembangunan Modal Insan”. Program Transformasi TVET dijadikan salah satu bidang fokus yang telah dikenal pasti. Selari dengan agenda Pemerkasaan TVET, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan perlu menyediakan dan melakukan transformasi TVET dalam menghadapi cabaran baru seperti era The Fourth Industrial Revolution.

Program Teknologi ILKBS

Teknologi Automotif

Teknologi Awam

Teknologi Elektrik

Teknologi Elektronik

Teknologi Fotografi

Teknologi Marin

Teknologi Mekanikal

Teknologi Maklumat

Teknologi Personal

Teknologi Pertanian

Teknologi Sukan

Teknologi Tekstil

Hospitaliti

Minyak dan Gas

Aspirasi

Kementerian Belia dan Sukan sentiasa beriltizam untuk memastikan kualiti graduan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bukan sahaja memenuhi kehendak pasaran industri tempatan malahan juga di peringkat antarabangsa. Sebagai penyelaras kepada pembangunan modal insan yang mampan di kalangan ILKBS, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab merancang dan mengurus pelaksanaan program yang berkualiti dan menepati peredaran ekonomi semasa.

Lepasan ILKBS adalah nadi kepada tenaga mahir negara dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi sama ada dari aspek kemahiran, pengetahuan, sikap mahu pun sahsiah yang terpuji di kalangan belia negara.

Gerakan TVET di Kementerian Belia dan Sukan untuk dikenali sebagai TVET Belia Malaysia yang memenuhi kehendak industri negara.

Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)